Pada 18 Mei 2015, Sekolah Kebangsaan Jabi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan meriahnya. Banyak aktiviti dirancang yang melibatkan guru-guru, pekerja sekolah, PIBG dan murid-murid. Guru-guru membuat persembahan bagi memeriahkan suasana. Persembahan nyanyian, "Sakit tuh di sini" oleh guru-guru perempuan amat menghiburkan apatah lagi "Dikir Barat" guru-guru lelaki. Permainan juga diadakan antara yang menarik ialah permainan bolasepak guru-guru perempuan dan bolajaring guru-guru lelaki. Foto-foto dapat dirakam seperti berikut :
Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak
TERIMA KASIH CIKGU
SELAMAT HARI GURU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan